Assalammualaikum.Salam Sejahtera semua.
Ini adalah tulisan pertama Lily & Co.
Lily & Co. merupakan sebuah firma yang menyediakan nasihat guaman dan khidmat perundangan bagi menyelesaikan isu-isu perundangan anda. Lily & Co. sangat komited dalam mengenali dan memahami pelanggan untuk menjalankan tugas dengan jelas berhubung isu yang anda hadapi serta memberikan jalan penyelesaiannya. Matlamat Lily & Co. adalah membantu pelanggan kami dengan cara menyampaikan tugas dengan cekap dan berkesan serta membina hubungan yang berkekalan dan penuh kepercayaan dari pelanggan.
Melalui Blog ini, kami di Lily & Co. akan berkongsi soalan-soalan umum atau isu-isu semasa yang berkaitan dengan undang-undang hartanah, pusaka, pinjaman / perbankan, perjanjian dan lain-lain, juga berkaitan pengurusan kami seharian untuk manfaat semua.
Diharapkan ianya sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa sahaja.
Sila juga ikuti Laman perniagaan kami di Google+ (Google plus) https://plus.google.com/u/0/+LilyCOMalaysia atau anda boleh menghubungi kami melalui email lilyco.law@gmail.com
Terima kasih.