“Saya dah confirm nak beli
rumah, kalau nak buat perjanjian jual beli rumah dan nak pakai peguam, apa yang
saya kena buat?”
Apabila
anda telah/akan melantik peguam pilihan anda untuk mengendalikan kes jual
beli anda, perkara awal yang mesti anda lakukan ialah sediakan dokumen yang
lengkap dengan kadar segera untuk rujukan pihak peguam anda. Berikut adalah
dokumen-dokumen yang anda perlu sediakan supaya peguam anda dapat menjalankan
tugas secepat mungkin dan supaya perjanjian jual beli anda dapat disiapkan
dalam kadar segera:-
1-
Salinan dokumen hakmilik Hartanah yang
terlibat
*sekiranya
ada hakmilik, kemukakan salinan Hakmilik terkini; atau
*sekiranya
hartanah tanpa hakmilik (hakmilik individu atau strata BELUM dikeluarkan oleh pihak berkuasa) ,
kemukakan salinan perjanjian jual beli antara penjual dengan pihak pemaju dan
antara penjual dengan pemilik terdahulu (sekiranya hartanah telah bertukar hakmilik lebih dari sekali)
2-
Salinan kad pengenalan penjual dan
pembeli
*sekiranya
alamat surat menyurat berbeza dengan kad pengenalan, kemukakan juga alamat
terkini kepada peguam
3-
Salinan dokumen pinjaman antara penjual
dengan bank terdahulu
*dokumen
ini perlu dikemukakan sekiranya penjual masih mempunyai baki hutang
dengan bank yang memegang cagaran atas hartanah yang terlibat. Contoh-contoh
dokumen pinjaman ialah Perjanjian Pinjaman, Borang 16A & Lampirannya serta Deed of Assigment
4-
Salinan Cukai tanah dan cukai pintu terkini
bagi hartanah terlibat
5-
Salinan Bil Bekalan Elektrik atau Bil Air
untuk bulan yang terkini bagi hartanah yang terlibat
*Dokumen
4 dan 5 adalah bertujuan untuk pengesahan milikan hartanah oleh Penjual dan
bagi memastikan tiada tunggakan oleh penjual untuk kesemua bayaran tersebut
6-
Maklumat akaun lembaga hasil dalam
negeri (No. Akaun & Cawangan) bagi penjual dan pembeli
*untuk
tujuan penyediaan borang cukai keuntungan harta yang akan dilengkapkan oleh
peguam yang mesti dihantar ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri mengikut
cawangan akaun berdaftar penjual dalam tempoh 30 hari dari tarikh
perjanjian jual beli
7-
Salinan Hakmilik lain-lain Hartanah yang
dimiliki oleh penjual beserta maklumat-maklumat yang diminta oleh pejabat tanah
terlibat
*
Dokumen ini diperlukan SEKIRANYA hartanah yang terlibat dalam jual beli adalah
berstatus Pajakan / Leasehold dan
mempunyai sekatan kepentingan
8-
Salinan slip pendapatan Pembeli dan
pengesahan dari majikan
*Dokumen
ini diperlukan bersama-sama dokumen 7 SEKIRANYA hartanah yang terlibat
merupakan hartanah kos rendah atau sederhana rendah
9- Maklumat dan dokumen tentang harga dan bayaran yang dipersetujui untuk jual beli
*Maklumkan peguam tentang bayaran dan cara bayaran yang dipersetujui antara pihak penjual dan pembeli seperti jumlah wang tempahan (Booking Fee), wang pendahuluan (Deposit) dan bayaran lain, sekiranya ada*sertakan salinan Booking Form untuk peguam merujuk sebarang terma dan syarat di dalamnya untuk dikaitkan dengan perjanjian jual beli nanti
Anda
mungkin ingin tahu berapa lama baru perjanjian siap? Sekiranya semua dokumen
tersebut telah diserahkan
kepada pihak peguam anda, peguam akan serta merta membuat carian hartanah untuk
mengetahui status dan maklumat terkini tentang hartanah terlibat dan anda boleh
menjangkakan perjanjian jual beli siap untuk ditandatangani dalam tempoh antara
1 hingga 2 minggu dari tarikh maklumat dan dokumen lengkap diperolehi.
Selain dari dokumen yang tidak lengkap, kelewatan biasanya boleh berlaku sekiranya pihak penjual dan pembeli tidak bersetuju atau ingin menambah terma dan syarat khas dalam perjanjian dan mengambil masa untuk bersetuju dengan kandungan perjanjian. Bagi hartanah yang tiada sebarang masalah (tiada kaveat, pajakan atau hakmilik lama yang terbatal), manakala dokumen juga lengkap dikemukakan pada peguam dan pihak-pihak bersetuju dengan syarat umum dalam perjanjian jual beli hartanah, perjanjian jual beli biasanya siap untuk ditandatangani dalam masa kurang dari 7 hari dari tarikh peguam menerima semua dokumen.
Selain dari dokumen yang tidak lengkap, kelewatan biasanya boleh berlaku sekiranya pihak penjual dan pembeli tidak bersetuju atau ingin menambah terma dan syarat khas dalam perjanjian dan mengambil masa untuk bersetuju dengan kandungan perjanjian. Bagi hartanah yang tiada sebarang masalah (tiada kaveat, pajakan atau hakmilik lama yang terbatal), manakala dokumen juga lengkap dikemukakan pada peguam dan pihak-pihak bersetuju dengan syarat umum dalam perjanjian jual beli hartanah, perjanjian jual beli biasanya siap untuk ditandatangani dalam masa kurang dari 7 hari dari tarikh peguam menerima semua dokumen.
Kebanyakan
dokumen yang diperlukan adalah dalam simpanan pihak penjual. Oleh itu, sekiranya
anda merupakan pihak pembeli, pastikan anda telah mendapatkan salinan dokumen
yang diperlukan dari Penjual untuk diserahkan kepada peguam anda. Dan sekiranya
anda penjual, anda hendaklah membantu pembeli anda dengan menyediakan dokumen yang
diperlukan dari pihak anda untuk diserahkan kepada peguam jual beli yang
dilantik. Kelewatan menyediakan dokumen yang lengkap akan menyebabkan peguam
tidak dapat membuat carian yang penting dan menyediakan perjanjian jual beli
kerana maklumat tidak mencukupi.
Halo, saya Puan. GLORIA Peminjam Pinjaman Swasta. Kami memberi pinjaman kepada syarikat 2% yang lebih rendah. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang, ATAU anda memerlukan pinjaman perniagaan untuk meningkatkan perniagaan anda, membayar bil anda dan meningkatkan kesuburan syarikat anda? adakah anda telah dinafikan oleh Bank dan institusi kewangan lain? kami memberikan perkhidmatan yang baik kepada individu, korporat, lelaki dan wanita perniagaan bersedia membantu orang yang bersedia menulis kepada syarikat kami. Walau bagaimanapun, Opportunity Finance berada di Langkah Pintu anda, jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (gloriasloancompany@gmail.com) Atau WhatsApp Number +1 (330) 595-5285 dan dapatkan pinjaman anda hari ini.
ReplyDeletePuan. Gloria S MD / CEO
KEPERLUAN KREDIT MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN:
1) Nama penuh: ............
2) Jantina: ............ .....
3) Umur: ........................
4) Negara: .................
5) Nombor Telefon: ........
6) Kerja: ..............
7) Pendapatan: ......
8) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .....
9) Tempoh pinjaman: ...............
10) Sebab untuk pinjaman: ...........
11) Adakah anda memohon dan ditolak? Kemudian ........
12) Adakah anda bercakap bahasa Inggeris .......
Best Regard
Mohon pencerahan.
ReplyDeletePerkara 6- Maklumat akaun lembaga hasil dalam negeri (No. Akaun & Cawangan) bagi penjual dan pembeli
*untuk tujuan penyediaan borang cukai keuntungan harta yang akan dilengkapkan oleh peguam yang mesti dihantar ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri mengikut cawangan akaun berdaftar penjual dalam tempoh 30 hari dari tarikh perjanjian jual beli.
Ini termasuk dalam caj perkhidmatan peguam atau bayaran tambahan?
pebenda ni.. sampah komen
ReplyDeleteCOMPANY:ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY
ReplyDeletee_mail:::[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
W/A::::::::::::::::::::::::::::\+6282274045059
Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah
mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: [aditya.aulia139@gmail.com] dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY via: [mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::\
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::\
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
COMPANY:ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY
e_mail:::[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]