Search This Blog

Friday, October 28, 2016

PERANGKAP HUTANG SEUMUR HIDUP (Part 1)

Cerita penting untuk peringatan umum.


"Puan, saya datang ni sebab saya dengar puan boleh tolong selesaikan kes macam saya ni"

"Ok. Boleh cerita situasi encik?"

"Saya ada hutang yang saya tak bayar beberapa bulan. Tapi sekarang saya ingat selesaikan habis. Memang saya betul nak settlekan hutang saya dengan syarikat xyz ni. Masalahnya saya tak tau baki hutang saya berapa. Bila saya tanya, dia siap marah saya lagi. Dia tanya "betul ke nak bayar habis?! Kalau nak bayar habis baru kita cek. Kalau tak bayar habis, kita tak cek sebab file dah lama, susah nak cari" Macamana saya nak kira berapa duit yang saya kena kumpulkan untuk bayar habis hutang saya ni sedangkan saya tak tau baki nya berapa puan?"

"Encik ada bawak dokumen tentang pinjaman encik dengan syarikat xyz ni?"

"Err..resit-resit bayaran tu ada saya simpan kat rumah. Tapi ada yang dia bagi resit, ada yang dia tak bagi resit. Macam kadang-kadang bayar kat pejabat dia, staff dia kata orang yang bukak resit tak datang, cuti. Lepas tu esok-esok dia lupa nak bagi. Dia selalu cakap cuma sorang je boleh buka resit. Kalau orang tu keluar atau cuti, dia bawak resit tu sekali. Kadang kita desak mintak dan kata tak nak bayar kalau takde resit, dia kata "kalau tak bayar, bunga tetap jalan esok" jadi last-last, saya terpaksa bayar"

"Memang sebelum tertunggak beberapa bulan ni, selama ni encik sentiasa bayar la. Tak pernah tak bayar?"

"Dulu saya pernah tak bayar kejap. Lepas tu saya dapat surat saman. Mintak naik mahkamah. Saya pergi mahkamah. Lepas tu saya ada bayar 4 Ribu. Lepas tu saya sambung bayar bulan-bulan 100. Lepas tu saya ada tak dapat bayar lagi. Saya dapat surat lagi suruh pergi mahkamah. Dia mintak bayaran masa tu saya memang takde duit. Tapi saya bayar jugak 500 sebab takut"

"Kejap. Encik kata tadi dapat surat saman. Lepas tu dah bayar 4 Ribu? Kemudian encik kena saman lagi? Berapa kali dah encik kena saman?"

"2 ke 3 kali macam tu"

???? 

"Tak silap saya 2 kali la puan. Mula-mula yang saya bayar 4 ribu. Lepas tu 500. Yang 500 tu takde resit sebab saya bayar on the spot kat mahkamah jugak"

"Boleh bagi saya salinan surat saman tu? Saya kena tengok untuk tahu status kes encik, dan saman-saman tu"

"Err..surat tu saya tak pasti ada simpan ke tak. Tapi nanti saya cari la Puan"

"Kalau tak ada sebarang dokumen, macamana saya nak tolong Encik? Perjanjian encik dengan syarikat xyz ni pun saya nak kena tengok dulu. Encik cakap tadi encik dah 2x kena saman dan naik mahkamah, sebenarnya berapa kali encik pinjam duit dari diaorang? Berapa jumlah nya?"

"Saya pinjam sekali je puan. Saya pinjam seribu je. Perjanjian nya tu masalah sikit puan sebab saya tak dapat salinan. Masa saya sign tu, dia kata akan bagi kat saya. Tapi lepas tu saya tak dapat-dapat. Bila tanya mana, dia kata dah pos. Tapi memang saya tak pernah terima"

"Dah bertahun-tahun tak pernah pegang perjanjian? Maknanya dari dulu encik pun terima je lah alasan dieorang dah pos? Encik tak pernah desak sampai dapat salinan?"

"Saya mengaku kat situ memang silap saya la puan. Sebab sambil lewa kat situ. Tapi... macamana ni puan?"

"Saya mungkin boleh tengok perjanjian tu kalau encik bagi saya surat-surat saman yang encik terima dulu tu. Sebab Plaintif kena lampirkan contract yang encik langgar sebagai exhibit dalam pernyataan tuntutan saman tu"

"Oo..macam tu ye puan? Hmm..macam tu nanti saya cari lah"

"Kalau encik nak selesaikan masalah encik ni, encik kena tolong cari saman tu sampai jumpa. Kalau takde salinan penuh, kalau dapat nombor kes nya encik masih lagi boleh buat semakan..carian kat mahkamah untuk file encik. Tapi kalau langsung takde apa-apa, masalah kat situ lah encik sebab nanti kena buat permohonan lain pulak kalau diaorang masih tak nak keluarkan baki hutang encik. Encik pernah cakap depan hakim tak masa kat mahkamah?"

"Tak pernah puan. Dia suruh saya diam. Saya dah bagitau masa nak jumpa hakim tu saya nak minta kurangkan bayaran bulanan. Dia kata nanti dia bagitau hakim. Tapi lepas tu takde pape pun. Hakim pun tak tanya apa-apa"

"Awak berdiri depan hakim masa sebutan kes depan orang ramai?"

"Ntahlah. Tak silap saya macam dalam satu bilik. Cuma ada hakim tu, dia dengan saya. Lepas tu hakim tulis-tulis je kat buku, tak cakap apa-apa. Dia ada cakap-cakap dengan hakim tapi saya tak faham"

"Tu masa bila? Yang awak bayar kat dia 4 Ribu tu ya?"

"Ha'ah. Yang kali kedua saya tak masuk dalam mahkamah. Dia suruh saya tunggu depan pintu mahkamah je. Dia ambik ic saya bawak masuk dalam kata nak jumpa hakim. Lepas tu tak lama tu dia keluar, dia kata saya kena buat bayaran time tu jugak. Kalau tak, masa tu juga saya kena "masuk dalam" (penjara)"

"Awak tak tanya ke apa dia buat, kenapa kejap sangat masuk dalam tu? Lepas tu keluar bawak ic awak mintak duit. Awak tak rasa ke dia menipu??"

"Saya takut puan.. manalah saya tau dia buat apa. Dia minta seribu. Saya takde duit tapi dia cakap kalau tak bayar sekurang-kurangnya 500, saya kena tangkap. Jadi saya cari duit, bayar kat situ juga. Dia kata resit nanti. Lepas tu tak bagi jugak. Hari tu isteri saya ada call orang dia, tanya berapa interest hutang saya ni, dia marah isteri saya. Lepas tu dia call saya tanya kenapa isteri saya sibuk-sibuk tanya pasal interest pinjaman saya? Saya kata kenapa pulak tak boleh. Biasalah isteri saya nak tau sebab hutang tak habis-habis bayar. Tapi dia tak bagitau juga. Sampai sekarang ni saya pun tak dapat tau berapa hutang yang tinggal"

"Encik ni, pinjam seribu je. Tapi dengar yang encik bagitau dari tadi dah lebih 10 ribu encik bayar. Yang lepas bayar 4 ribu sekaligus tu pun macam tak ada kurang apa-apa. Encik kena cari dokumen yang saya mintak. Selain dari tu lepas ni encik mesti, mesti tau? minta resit bayaran bila bayar. Encik bayar tunai jadi kena ada rekod kalau tak sampai bila-bila pun encik kena bayar sebab dia boleh kata encik tak buat bayaran. Ni semua macam perangkap nak aniaya orang untuk berhutang sampai bila-bila"

"Itulah puan. Saya mengaku memang saya salah. Tak minta perjanjian. Resit pun banyak tak ada. Dia memang susah nak bagi resit puan. Nampak macam dia sengaja nak susah keluarkan resit. Hari tu saya bayar 200. Saya pergi dengan kawan saya. Bila sampai pejabat dia kata orang yang boleh bukak resit tu keluar. Saya minta telefonkan, dia kata kena tunggu. Saya kata takpe saya tunggu. Puan tau berapa lama dia sampai? Saya tunggu 2 jam. Kalau orang lain memang dah fed-up kan mesti balik dah. Tapi kawan saya kata, takpe. kita tunggu je! Bila orang tu sampai, saya hulur duit, dia kata "Kenapa 200 je? Ni bulan lepas punya. Bulan ni dah kena bayar. Kalau you bayar ni, i tak boleh bukak resit!" Saya kata takpe, bukak resit untuk bayaran bulan lepas. Nanti saya bayar lagi bulan ni jugak. Nasib baik dia bukak jugak. Oii memang seksa puan kalau nak tunggu resit dia. Macam-macam dia buat. Puan tau? Lepas dia dah balik tu pun, masa saya dah bagi duit tu, saya kena tunggu lagi sejam baru dia hulur resit. Tak tau dia masuk dalam pejabat pegi mana"

"Encik tolonglah ingat. Lain kali kalau encik ambil duit atau bagi duit pada sesiapa, walau baik macamana sekalipun, kena ada rekod hitam putih. Bertulis. Sebab tak nak jadi macam ni lah. Pinjam seribu tapi takde langsung apa-apa maklumat. Syarikat ni pun dah terkenal buat ramai orang macam ni tapi kenapalah masih ada lagi orang yang berurusan dengan dia??"

"Yelah puan. Saya tau.. tapi nak buat macamana masa tu saya terdesak nak pakai duit?"

"Nanti maklumkan saya bila dah jumpa dokumen-dokumen tu. Lepas tu baru saya boleh bincang dengan encik, pilihan yang encik ada untuk kes ni. Kalau encik nak saya tulis surat pada syarikat tu pun boleh. Cuma lebih baik kita tulis lepas dah tau kedudukan hutang encik dan maklumat lain yang berkaitan"

"Ok puan. Terima kasih ya untuk masa puan"

1 comment:

  1. ARE YOU IN NEED OF A PROFESSIONAL HACKER?(CATCHING A CHEATING SPOUSE, RECOVERY OF LOST FUNDS, WEBSITE HACK...)
    High prolific information and Priviledges comes rare as i would be sharing with you the best insight you wish you heard years before now. As it's been understood that what people don't see, they will never know.
    Welcome to the Global KOS hacking agency where every request on hacking related issues are met within a short period of time.
    If your shoe fits in any of the requested services below, you will be assigned to a designated professional hacker who is systematically known for operating on a dark web V-link protocol.
    The manual operation of this hackers is to potentially deploy a distinguished hacking techniques to penetrating computers and various type of database system to meet your request. Penetration of computing systems are achieved using software tools like Ransomeware, SQL/Keylogger injection. botnet, trojan and DDOS attacks.
    Providing value added services to clients as a hacker has been our sustaining goal.
    Are you faced with cyber challenges like
    ● Hacking into the mobile phone of a cheating spouse.✅ This type of hack helps you track every move of your cheater as we are bent on helping you gain full remote access into the cheater's mobile phone using a trojan clone cracking system to penetrate their social media platforms like Facebook, whatsapp, snapchat etc.
    ●Recovery of lost funds:✅.It saddens our mind when client expresses annoyance or dissatisfaction of unethical behaviours of scammers.
    with a diverse intercall XX breacher software enables you track the data location of a scammer. Extracting every informations on the con database, every requested information required by the globalkos would be used to tracking every transaction, time and location of the scammer using this systematic tracking base method.
    ●Credit Score Upgrade:✅Due to our transformed changes on Equifax tracking , upgrading of credit score are backed by our cyber tech breaching licence, This hacking process drastically generates you an undestructive higher credit score which correlates to a higher level of creditworthiness. The time frame for upgrading a credit score requires eighteen(18) hours
    ● BITCOIN GENERATOR:✅ (Higher job profile). This involves using the ANTPOOL Sysytem drifting a specialized hardware and software implementing tool in slot even-algorithms to incentivize more coins into your wallet which in turn generates more coins exponentially like a dream at a specified intervals.
    Other suberb services rendered by the globalkos are
    • Email hacks📲
    • Hacking of websites.📲
    • Uber free payment hacks.📲
    • website hack.📲
    Our strength is based on the ability to help you fix cyber problems by bringing together active cyber hacking professionals in the GlobalkOS to work with.
    For more inquiries and prolific Hacking services visit
    Clarksoncoleman(at)gmail • com.
    Theglobalkos(at)gmail •com.
    ©Global KOS™
    2030.

    ReplyDelete

CARIAN HARTANAH? LAND SEARCH? PENTING KE?

Carian hartanah merupakan satu langkah PENTING DAN MUDAH yang boleh dilakukan apabila suatu perkara itu (tidak mengira apa-apa perjanjian...