Search This Blog

Thursday, November 3, 2016

SUSAH NAK JUAL DAN BELI RUMAH KOS RENDAH & SEDERHANA RENDAH DI JOHOR

Fendi rasa sangat teruja apabila ada pembeli telah bersetuju untuk membeli rumah yang dimilikinya sejak 10 tahun lepas. Setelah berbincang selama sebulan, Hans bersetuju untuk membeli rumahnya yang terletak di Pontian, Johor. Fendi meminta Hans membayar booking sebanyak RM3000 secepat mungkin. Oleh kerana tidak mahu rumah tersebut jatuh ke tangan pembeli lain, Hans telah membayar booking sebanyak RM10,000.00. Hans kemudian mencari peguam dan melantik Tetuan Fattah & Lofa sebagai peguamcaranya. Fendi memilih untuk tidak diwakili peguam.

Dalam pertemuan dengan peguam, Fendi dan Hans sepakat untuk menandatangani perjanjian Jual Beli pada hari yang sama. Fendi meminta jaminan dari peguam untuk mendapat baki wang jualan rumah dalam tempoh 3 bulan lagi kerana dia hendak menggunakan wang tersebut untuk majlis perkahwinan dengan isteri keduanya. Peguam tidak dapat memberi jaminan tersebut kerana tempoh pembayaran wang oleh Hans kepada Fendi tidak boleh berjalan sebelum Fendi dan Hans berjaya menepati syarat yang terikat dengan rumah tersebut. Fendi kecewa dan agak marah kerana merasakan terlalu banyak halangan untuk dia mendapatkan wang jualan rumah tersebut sedangkan tempoh 3 bulan dirasakan cukup munasabah.

Fendi telah dimaklumkan bahawa perjanjian jual beli dengan Hans tertakluk kepada dua syarat utama disebabkan rumah Fendi berstatus rumah kos sederhana rendah dan tanah tersebut berstatus pajakan negeri. Peguam menerangkan antara syarat-syarat untuk Hans dibenarkan membeli rumah tersebut [rujuk http://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/hmSyaratPermohonan.htm) ]

Syarat 1- KELULUSAN PINDAHMILIK DARI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
Fendi mesti mendapat kebenaran menjual rumah tersebut kepada Hans dan Hans juga mesti layak untuk membeli rumah tersebut. Antara kriteria yang disenaraikan oleh unit perumahan Johor termasuk :-
-Fendi mesti memiliki rumah tersebut lebih dari 5 tahun
-Fendi mesti mempunyai hartanah lain selain dari rumah tersebut.
-Hans mesti mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM8000.00
-Hans telah menetap di Johor lebih dari 5 tahun

Syarat 2- KELULUSAN MELONGGARKAN SEKATAN DARI PEJABAT TANAH GALIAN JOHOR
Disebabkan hartanah yang terlibat mempunyai sekatan untuk sebarang proses memindahmilik, mencagar dan memajak, Fendi perlu mendapatkan kelulusan tersebut selepas pejabat SUK memberi kelulusan untuk syarat 1

Selepas perbincangan, Hans meminta masa kepada Fendi untuk peguamnya membuat semakan dengan pejabat yang berkaitan samada dia benar-benar boleh memohon perlepasan 2 syarat tersebut kerana Hans merupakan seorang jurutera yang berpendapatan RM12,000 sebulan dan baru menetap di daerah Pengerang, Johor selama 9 bulan selepas ditugaskan di situ. Hans juga meminta Fendi bersedia untuk memulangkan semula wang Booking yang telah dibayar. Fendi pula telah menggunakan wang tersebut 2 hari lepas.

(image source : Google)


Selepas pertemuan dengan peguam, barulah Fendi dan Hans faham untuk menjual atau membeli rumah kos rendah atau sederhana rendah:-
1- Penjual rumah kos rendah/sederhana rendah perlu mencari pembeli yang menepati syarat permohonan
2- Penjual tidak boleh meletakkan tempoh jual beli selesai sebagaimana hartanah biasa (yang kebiasaanya dalam tempoh 3-4 bulan)
3- Tempoh selesai proses jual beli bukan hanya tertakluk kepada perjanjian dan proses loan pembeli TETAPI turut tertakluk kepada tempoh masa diambil oleh pihak berkuasa negeri yang berkaitan untuk meluluskan permohonan. Sekiranya ditolak dan rayuan dibolehkan, lebih masa akan diambil
4- Pembeli mesti menyemak syarat permohonan untuk memiliki rumah kos rendah dan sederhana di http://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/index.htm atau mana-mana unit perumahan negeri yang berkaitan dengan hartanah
5- Pembeli perlu pastikan patuh(ada) semua syarat layak untuk memohon sebelum membayar sebarang deposit kepada penjual untuk mengelakkan masa penjual dan pembeli terbuang jika akhirnya pembeli lansung tidak layak untuk memohon 


5 comments:

  1. Kalau dah ada rumah kos rendah.. Boleh ke utk beli rumah suk yg lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rujuk pada syarat-syarat di link ini
      http://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/hmSyaratPermohonan.htm

      Delete
  2. Bagaimana pula, setelah 11 thn membeli rumah kos rendah , pembeli ke 2 br mendapat tahu ,geran berkelompok nama masih lg milik SUK . Geran individu setelah pembeli ke 2 membeli selepas 5 thn, tetapi , lawyer SUK memaklumkan memerlukan SPA pembeli asal , sedangkan SPA tersebut telah dilupuskan pihak Bank pembeli pertama.

    Sudah setahun saya menunggu kes ini.. lawyer SUK memaklumkan mesti ada SPA pembeli pertama..

    sedangkan saya pembeli ke 2 lengkap dokumen pemebelian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm mna nk beli Rumah suk kos rendah tp Tuan Rumah belum jelas hutang

      Delete
  3. Saya nak Tanya, sya jual rumah kos serdahana rendah, brmula sign Spa pembeli Dan pnjual pada 1.12.2019..dan consent pn brmula pada bulan itu, Dan consent SUK lulus pada 18.12.2019 Dan consent PTG lulus pada 6.02.2020..sya nk Tanya Apabila consent dah lulus, berapa lama lagi selesai Dan dapat duit jual rumah tersebut, oleh kerana peguam sudah minta baki penyata rumah yg hendak dijual pada 02.03.2020...agaknya dah nk dapat duit rumah dalam masa trdekat bulan ini, atau bila?
    Dan PTG lulus pada bulan

    ReplyDelete

CARIAN HARTANAH? LAND SEARCH? PENTING KE?

Carian hartanah merupakan satu langkah PENTING DAN MUDAH yang boleh dilakukan apabila suatu perkara itu (tidak mengira apa-apa perjanjian...